Lagu Untuk Liverpool

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku


Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri


(Korus)
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur


Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan


Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira..

Booo ! Kahkahkah

Tahukah anda ?

Tahukah anda blog ni baru gua dapat siapkan setelah bertungkus lumus merujuk google akibat masalah koding.

Tahukah anda gua ambik masa yang lama untuk buat blog ni dari malam tadi sampai waktu pagi. Jilaka punya kawan nescafe pun tak bancuh kat gua.

Tahukah anda kepala bana KFC masih tak buat sidang video tentang siapa yang salah. Customer always right ? Puihh !

Tahukah anda blog ni sedang menjemput orang yang pandai berblog, pandai memutar belit fakta, hebat mentroll dan hebat menepis segala troll untuk dijadikan admin bersama.

Tahukah anda kami semua masih muda dan tak sama dengan yang tua.

Tahukah anda ini adalah entri kedua dari gua setelah entri pertama yang menyebabkan para jejaka bergetar lutut apabila selesai membaca.

Tahukah anda kami juga akan menyelitkan beberapa tazkirah dan persoalan agama dari Ustaz Sokernet yang digilai ramai makwe seantero dunia.


Tahukah anda say hi ! kepada ustaz..

Membuka Tirai

Izinkan gua membuka tirai blog serba mewah lagi jilaka ini. Gua ingin berterima kasih kepada Ustaz Sokernet tak lupa juga kepada Ultras Sokernet Muda yang selama ini bersusah payah membantu menaikkan nama SM.

Tak lupa juga kepada kepala bana yang bergaduh di KFC kerana telah membuat satu fenomena baru dalam bidang pergaduhan. Gaduh perlukan penumbuk dan penerajang. Tapi kat sini kami tak perlukan semua tu. Kami hanya perlu taip untuk membuat pungkoq hang berdarah keluaq ulat.

Salam sayang dari saya dan semua Ultras Sokernet Muda.

Bravo bravo bravo !